Wednesday, April 7, 2010

TERMA DAN SYARAT

Sebelum membuat tempahan, anda dikehendaki membaca dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan kepada pelanggan kami.


1. Tempahan dibenarkan pada setiap hari dan pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari Ahad dalam minggu barang ditempah. Tempahan anda akan terbatal jika tiada sebarang pembayaran dibuat. Disini, kami memberi jaminan pulangan wang sekiranya barang tidak sampai seperti yang telah kami janjikan.


2. Penghantaran pesanan anda adalah pada hari berikutnya setelah pembayaran diterima. Perkhidmatan ini adalah untuk stok sedia ada.


3. Bagi tempahan yang tiada dalam stok, kami akan membuat tempahan pada pembekal pada setiap hari Isnin dan penghantaran akan dibuat pada setiap hari Rabu.Barang akan dihantar selepas pembayaran penuh dijelaskan.


4. Barang yang telah dijual tidak boleh ditukarganti. Setiap barang yang dipamerkan di blog jualan kami adalah berasaskan gambar diambil daripada katalog jualan. Warna barang sebenar berkemungkinan sedikit berlainan disebabkan kesan pencahayaan semasa gambar ini diambil dan kesan setting di monitor komputer anda.


5. Harga tertera tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran akan ditetapkan mengikut berat tempahan dan lokasi anda.


6. Penghantaran melalui Pos Laju di serata Semenanjung Malaysia ditetapkan RM6 untuk 500g pertama dan RM3 untuk 250g seterusnya.Penghantaran dijangka sampai ke destinasi dalam 1-2 hari bekerja tidak termasuk cuti umum.


7. Penghantaran ke Sabah/Sarawak akan dicaj dalam RM9 untuk 500g pertama dan RM4 untuk 250g seterusnya. Penghantaran dijangka sampai ke destinasi dalam 3-4 hari bekerja mengikut lokasi dan tidak termasuk cuti umum.


8. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan/ kerosakan barangan ketika proses penghantaran dilakukan. Oleh itu kami hanya menyediakan penghantaran melalui Pos Laju sahaja dimana tuntutan gantirugi boleh dikemukakan.


9. Sila pastikan anda/penerima berada di alamat penghantaran yang diberi kerana Pos Laju memerlukan tandatangan anda/penerima sebagai bukti penerimaan. Jika tidak,anda perlu mengambilnya sendiri di pejabat Pos Laju berdekatan.

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE HALAMAN WEB PUSTAKA BUKU RAWATAN DAN UBATAN ISLAM

smile smile smile smile smile